Thursday, 29 December 2016

The New MRT

Hi guys!
Tadi i pergi naik mrt sambil jalan jalan dekat one utama dengan amir,farah,ecah,zat dan nab. Sebab mrt tengah famous sekarang, so haruslah ada muka i ni yg menyemak nak try naik mrt jugak sementara masih free ni ekekeke. Oh yaa, kalau korang nak pergi naik mrt, jangan lupa bawak kad pengenalan okay!

Muka-muka semangat nak naik mrt.
 
Muka yang paling semangat ekeke

Tadi kitorang ambik bas khas yg pergi ke stesen mrt terdekat di subang perdana. Then bas tu stop dekat stesen mrt kwasa damansara.Dari situ, kitorang naik mrt turun dekat bandar utama,petaling jaya.Tapi dari stesen mrt bandar utama nak ke ou jauh.. So kena ambik lagi satu bas mrt okay pergi ke ou okay.


Kwasa sentral 

Time ktorang berkumpul tu kan , i paling lambat datang even rumah dekat sebab terlajak tidur hahaha. So masa i rushing tu , i main sarung jela stokin kasut apa semua. Nak dijadikan cerita, masa dekat stesen bas,kawan kawan i tegur tanya i . I pakai fesyen baru ke seluar dekat dalam stokin HAHAHA .

Yey dah sampai ou . Fav perempuan mestila shopping mekap 😜


Sampai je dekat ou,kitorang terus pergi check ticket wayang. Kitorang tengok the story of star wars rogue one. (act i lupa tajuk movie  sbb i tak layan star wars.. Dalam wayang pun tidur je until habis cerita.so tajuk movie pun hentam jelah okay hahaha). Start pukul 1.20 pm. Iklan pun dah berpuluh minit, so cerita habis pukul 4. 

Lepas je beli ticket , kitorang pergi makan then decide nak berpecah sbb masing masing tak sekepala bab shopping 😂. 




I , nab dengan ecah mestilah masuk kedai kedai macamni ekeke. Nak dekat new year ni banyak gila sale dekat guardian,sephora,sasa dll. I ada mark nudes pallete brand the balm balm. Standard harga rm150++ tapi lepas sale dapat harga rm100 je! Malangnya tak bawak duit lebih tadi so sad. 😭


Paparazzi everywhere ecewah. Mata pun nampak pelik kuyu juling lain macam dah ha.

Habis je wayang,kitorang sambung window shopping lagi. I tak shopping apa pun, duit banyak habis dekat makanan je semalam. Then pukul 5 mcmtu terus balik .

Muka semua dah penat 


Sementara takde orang dalam bas ni nyempatla kita snap snap dulu =p


Behave nab. Kejap je lagi bas gerak lah tu 😂

Okay sekian. Thanks for reading! 

Saturday, 24 December 2016

Chillout w wada - Sunway

Hi lovely people!
Makin rajin kan i update blog tiap tiap hari 😝 tapi lepasni i dah tak boleh update selalu macamni dah sebab bulan 1 ni i dah start kerja dekat skypark as promoter dekat kedai borneo. Jemput datang dan membeli hehehe.

Last two weeks, wada ajak i keluar sebab bosan kan kat rumah masing2 menganggur macam orang takde life lepas spm ni hahaha. i on jela. Then last min baru kitorang decide nak pergi mana. Sebab time tu kitorang baru lepas interview dah pukul 1 lebih mcmtu, so we decide pergi the curve jelah sebab dekat. Tapi dekat dekat pun take time 40 min sebab ktorang sesat terlajak masuk highway!!! 😭😭😭

Then tak lama tu ma call i suruh balik awal sebab kakak i dah nak balik johor. Ktorang pun tak sempatlah nak tengok wayang apa semua =( Dah jenis masing2 kuat berjalan, we decide esok nak keluar awal2 pagi gi sunway naik motor hahaha.

---------------------------------------------------------------

Keesokan paginya.
Dah nama janji melayu kalau janji pukul 9 pagi,pukul 11 pagi baru pergi kuikui.*typical malaysian*
Dengan berbekalkan google maps sebab masing2 tak tahu jalan, maka berantaulah kitorang dua. Tapi kalau dah nama pakai maps ni memang tak sahlah tak sesat sebab line kejap ada kejap takde!  😭😭😭
Tahu tak kitorang terlajak jalan then masuk highway nak pergi putrajaya kena jalan 7 km baru jumpa u-turn!!! 😭 nak sampai dekat sunway lepas uturn tu pun dah 7 km so 14 km kitorang kena jalan lagi.Jauh kan? 😭

Then time sesat tu ada funny story yg berlaku kat kitorang. Time tu kitorang tak masuk ikut laluan untuk motor then dekat depan tu ada plaza tol. Nak pusing dah tak boleh,so kitorang jalan jelah. Tetibe kena halang dekat guard tu.guard tu tak bagi kitorang jalan ikut tol, dia suruh pusing balik. Wada dah cuak time tu, i slow talk lah dekat guard tu bgtahu yg kitorang ni sesat nak cari uturn. Guard tu pun bagilah kitorang lalu ikut tol tapi suruh bawak sama laju dengan kereta sebab nanti palang tu akan tertutup. Lepastukan, wada bawak slow drpd kereta tu, palang tu nak terkena dekat kepala kitorang dah nasib baik sempat tunduk hahaha! Malu dia rasa macam nak tutup muka dengan tepung ke apa sebab orang dalam kereta semua pandang 😂😂😂


Yey dah sampai sunway

Plan nak tengok wayang, last2 tak jadi tengok pun sebab memasing nak shopping .


Typical teen nowadays. Suka sangat mirror selfie!  :p

Dah satu kemestian untuk kitorang, wajib pergi game arcade. Thats y boleh masuk air sama2 sbb sekepala hahaha.




Nak shoot hati siapa ni kuikuikui


Fokus betul hakak ni race.


Owner blog aka tuan tanah kedaung


Makanan untuk menuju obesiti pada masa hadapan ni kakakaka. 

Tak tahulah berapa tinggi kalori sepinggan ni.  Manis sangat! 


Habit perempuan mmg wajib shopping2 ni kekeke. I nampak gemuk rendah dalam gambar ni tapi i tinggi 😂


^ kakak yg mithali cari toys baru untuk adik dia.


Dah pukul 5 dah ni.jomla balik.

Time balik tu pun kitorang sesat jugak terlajak jalan nak pergi hicom. Last last sampai time senja nasib baik tak kena bebel dengan big momm ekekeke. 

Friday, 23 December 2016

Trip to kelantan.

Hi people!
Sekarang dah pukul 120am and i cant sleep 😔 its been awhile since my last post. well act tak busy pun tapi malas nak update soooooo i will spam you guys with a few posts for today!

Last week i went to kelantan back to my hometown.wait, i dont think i can called it as my hometown because we dont have any 'rumah kampung' at there. So we slept for a few days at the hotel.



As usual tiap kali balik kelantan, kitorang akan cari hotel dekat area kota bharu. Bcs dekat sini paling senang nak cari makan n shopping. I forgot nama hotel yg ktorang stay tu. But kalau nak pergi pasar siti khadijah cuma take time 10min berjalan kaki. 

Kalini kitorang balik bercuti selama 3 hari 2 malam. 

Sampai je dekat kota bharu tu hari dah malam. Patutnya sampai awal tapi ktorang melawat rumah pakcik makcik dulu ofcourse :> 

Menu wajib tiap kali balik kelate! 
 
Act bukan makan ni je. Before sampai kedai makan ni, kitorang singgah aeon dulu. So sempat beli kfc rice plate dan pizza. Tapi sampai2 je sini terorder nasi goreng kampung pulak hahaha! Tapi jangan salah faham. I tak makan semua makanan tu serentak. Im that type of people yg bangun pagi terus cari makanan so yaaaa thats why i need a lot of food 😂 

Pagi hari kedua tu pulak kitorang decide nak pergi tumpat. Melawat kubur arwah atuk nenek 😊. 
Sini la tempat lahir dan kampung asal i . *sorry lupa nak snap pic*
Then, kitorang pergi dekat pasar tumpat.fyi,selain daripada syurga makanan pasar2 dekat kelantan ni pun boleh dikatakan syurga shopping hehe.


I bought this sweatshirt . 


And this kind of dress. I dont know what kind of dress is this. Mcm half blouse dan half jubah kan 😂 cantik sangat design dia. *heart eyes*

Okay then petang tu ktorang terus pergi rantau panjang. As everyone know, rantau panjang ni kawasan bebas cukai dan terkenal sbg syurga shopping dekat kelantan. So korang patut datang sini bila ada dekat kelantan okay!

Terbeli handbag lagi. Thank you ma sbb selalu support macam macam! :*
Ada satu rahsia yg i nak bagitahu korang. Bila sampai dekat rantau panjang ni, sila sila sila shopping handbag sebanyak mungkin hahaha! Handbag je okay. Bukan baju, bukan kasut. Why?  kalau korang pergi dekat the store ke apa, korang nampak tak handbag yg dia sale apa semua tu? 
Act kan diorang ambk barang2 tu semua dekat golok je. rantau panjang ni sempadan siam so sangat sangat senang nak dapatkan barang ni semua.
Kualiti handbag dekat the store tu semua sama je dgn barang yg jual kat sini. Yg beza cuma harga je. 
Mcm beg yg i beli ni kalau dkt luar maybe rm200++ mcmtu, tapi dkt sini i dapat harga rm140 je hehe. 

Cuaca dekat kelantan panas gila time tengahari. Tapi hujan bila nak ke petang. Jauh beza dgn cuaca kl. Time time panas mcmni memang sedap sangatlah kalau dapat aiskrim kelapa! :p
Percaya tak satu cup tu cuma rm2 je? Murah kan? Topping dah la macam macam dia letak. Dkt bawah aiskrim tu ada buah, jelly apa semua lagi.


Kenapa tiba tiba i post gambar selipar toilet ni ? Act ada cerita di sebalik gambar ni hahaha. Time tu ktorang berhenti makan dekat kedai area machang. So nak dijadikan cerita, time i masuk kedai tu, akak2 dkt situ pandang i lain macam. So i pelik lah kan ada smtg wrong ke. Then tiap kali i jalan mesti nak tergelincir. Okay makin pelik tak pernah2 kasut i mcmni. So i pandang la bawah then i'll be like OH NO MAAAAAA KASUT TERTUKAR DEKAT SURAU TADI dgn nada menjerit HAHAHA. 
Kesian abah terpaksa patah balik sebab tu satu satu nya kasut fav paling mahal pernah ada so sayang gila kot kalau hilang hahahaha. abah pun tak sampai hati nak tengok anak dia sedih auchh 😂

Another story. Okay mcmni.. Time tu ktorang singgah solat dekat masjid mana entah. Then time tu i dh siap solat dulu so nak pergi dekat kereta tapi beg ma ada dengan i. So i tengok la dekat dalam saf perempuan tu, okay dah nampak dah ma solat dekat mana. Then tanpa tengok muka pun, i terus je letak handbag tu dekat depan sejadah. After that bila ma datang dekat i, ma tanya i " kenapa letak handbag ma dekat akak yg tak kenal? Nasib akak tu baik pulangkan balik handbag ma,tak ambk duit, kad bank apa semua."  

Rupa-rupanya i tersalah orang sebab body akak tu dari tepi nampak sama macam mak i  hahaha! Memang kena hahan kaw-kaw la dalam kereta sbb perangai i mmg tak sah kalau tak careless hahaha.

Okay sekian cerita untuk harini. Thanks for reading!

Sunday, 3 July 2016

Random Tb Photos

Assalamualaikum and hello peeps !

How was your day? busy prepare untuk raya? Im here mereput tengok tv dekat rumah 24/7. No preparation for raya :( No buat kuih raya :( No pasang langsir raya :( No for everything ! :( its okay. Kami sambut raya meriah dekat kampung je *lap hingus* 

Act im too bored then tak tahu nak buat apa. Belajar malas even spm nak dekat . Astaghfirullahalazim ... :'>  End up terfikir nak upload gambar tb dekat sini ehee .



Jamuan perpisahan 4 As-Sufi
Tour de UM by Serumpun 
(Acah2 fashion designer iket hahaha)
excited sangat lepas beli lens terus try LOL.
barang dekat kedai ustaz murah gila megaddd easa macam nak borong semua . 
3 In 1 Lens - RM6
Mini Monopod - RM3
Selfie Light - RM7

My 'creepy' friend from UK Ruke! Even dia stay kat msia sekejap je, tapi rapat mcm dah kenal lama sangat :<
My qtpie (akmal)
Yay or nay for black?  
Kerja kursus Tarikh Islam ( kalau tak silap hahaha)
Yummyyy

Enough for today .
Bye!

Wednesday, 22 June 2016

School Journey

Assalamualaikum hello peeps!

Based on my posting before, sis ada mention nak cerita pasal sekolah kan. So here it is :)

2006-2010
Darjah 1-4 sis sekolah dekat sk subang. Nothing interested. Childhood mcm kanak2 biasa. Budak yg baik dan dengar kata :p Ingat lagi time sekolah rendah dulu, mama pakai kan cantik2 tudung, tp bila sampai je sekolah sis bukak tudung tu then simpan dalam beg HAHAHA. Guru kelas peghati je perangai sis then report dekat mama :'>

2011-2012
Darjah 5-6 pindah ke sk jalan u3. Time ni pindah sebab sekolah ni baru bukak dekat area subang then dekat sangat dengan rumah. I first batch yg ambk upsr dkt situ. Bangga okayy hahaha! But now adik yg bongsu dh jadi ketua pengawas dkt sekolah tu. Proud of you adik :)

           Idk gambar bila. Ali yg send hahaha !

2013                                                                   After dapat result, i req dekat samtaj tapi tak dapat ! Hahaha ofcozla tak dapat psra pun dapat jayyid jiddan je mana layak :'> so sekolah dekat smks for a week. Then i dapat tawaran dkt smka kuala selangor. after 1 day masuk sekolah sana, esok tu terus pindah. Anak mak memang tak boleh duduk asrama :'> 

2014-2015                                                                 Bcs of some probs, i pindah dekat samdas. So far sekolah ni paling best okay! banyak kenangan best gilaaaa kat sana. Bilik guru tu tak payah cakapla. Memang dah jadi port lepak bergosip ngn cikgu2 hahaha :p senior ke junior ke kitorang dah anggap macam siblings dah. 

Time ni jadi leader group nasyid as-sufi hehu. Menang okay ;p nanti  kalau  rajin i post vid nasyid ktorang.              

2016
Lepas je ambk sma dkt samdas, next year tu ma suruh pindah.Coz untuk spm kena cari better place katanya.Sbb aunty yah jadi guru besar kat smks, so i kena pindah sana. :(

Dapat kawan baru lagi yey! 
Time ni muka okay lagi burn sikit je skarang kulit dh teruk  :(( 

time ni dah start gelap 

Okay time ni dah hangus gila :'<

Okbye.
Thanks for reading!
@Hak Cipta Terpelihara 2013 @shjrashkn .Design and Template edit by Siti Hajar Ashikin .