Saturday, 24 December 2016

Chillout w wada - Sunway

Hi lovely people!
Makin rajin kan i update blog tiap tiap hari 😝 tapi lepasni i dah tak boleh update selalu macamni dah sebab bulan 1 ni i dah start kerja dekat skypark as promoter dekat kedai borneo. Jemput datang dan membeli hehehe.

Last two weeks, wada ajak i keluar sebab bosan kan kat rumah masing2 menganggur macam orang takde life lepas spm ni hahaha. i on jela. Then last min baru kitorang decide nak pergi mana. Sebab time tu kitorang baru lepas interview dah pukul 1 lebih mcmtu, so we decide pergi the curve jelah sebab dekat. Tapi dekat dekat pun take time 40 min sebab ktorang sesat terlajak masuk highway!!! 😭😭😭

Then tak lama tu ma call i suruh balik awal sebab kakak i dah nak balik johor. Ktorang pun tak sempatlah nak tengok wayang apa semua =( Dah jenis masing2 kuat berjalan, we decide esok nak keluar awal2 pagi gi sunway naik motor hahaha.

---------------------------------------------------------------

Keesokan paginya.
Dah nama janji melayu kalau janji pukul 9 pagi,pukul 11 pagi baru pergi kuikui.*typical malaysian*
Dengan berbekalkan google maps sebab masing2 tak tahu jalan, maka berantaulah kitorang dua. Tapi kalau dah nama pakai maps ni memang tak sahlah tak sesat sebab line kejap ada kejap takde!  😭😭😭
Tahu tak kitorang terlajak jalan then masuk highway nak pergi putrajaya kena jalan 7 km baru jumpa u-turn!!! 😭 nak sampai dekat sunway lepas uturn tu pun dah 7 km so 14 km kitorang kena jalan lagi.Jauh kan? 😭

Then time sesat tu ada funny story yg berlaku kat kitorang. Time tu kitorang tak masuk ikut laluan untuk motor then dekat depan tu ada plaza tol. Nak pusing dah tak boleh,so kitorang jalan jelah. Tetibe kena halang dekat guard tu.guard tu tak bagi kitorang jalan ikut tol, dia suruh pusing balik. Wada dah cuak time tu, i slow talk lah dekat guard tu bgtahu yg kitorang ni sesat nak cari uturn. Guard tu pun bagilah kitorang lalu ikut tol tapi suruh bawak sama laju dengan kereta sebab nanti palang tu akan tertutup. Lepastukan, wada bawak slow drpd kereta tu, palang tu nak terkena dekat kepala kitorang dah nasib baik sempat tunduk hahaha! Malu dia rasa macam nak tutup muka dengan tepung ke apa sebab orang dalam kereta semua pandang 😂😂😂


Yey dah sampai sunway

Plan nak tengok wayang, last2 tak jadi tengok pun sebab memasing nak shopping .


Typical teen nowadays. Suka sangat mirror selfie!  :p

Dah satu kemestian untuk kitorang, wajib pergi game arcade. Thats y boleh masuk air sama2 sbb sekepala hahaha.




Nak shoot hati siapa ni kuikuikui


Fokus betul hakak ni race.


Owner blog aka tuan tanah kedaung


Makanan untuk menuju obesiti pada masa hadapan ni kakakaka. 

Tak tahulah berapa tinggi kalori sepinggan ni.  Manis sangat! 


Habit perempuan mmg wajib shopping2 ni kekeke. I nampak gemuk rendah dalam gambar ni tapi i tinggi 😂


^ kakak yg mithali cari toys baru untuk adik dia.


Dah pukul 5 dah ni.jomla balik.

Time balik tu pun kitorang sesat jugak terlajak jalan nak pergi hicom. Last last sampai time senja nasib baik tak kena bebel dengan big momm ekekeke. 

No comments:

@Hak Cipta Terpelihara 2013 @shjrashkn .Design and Template edit by Siti Hajar Ashikin .